Pages

TEMPOH PROSES TEMPAHAN

Kepada semua kawan-kawan dan pelanggan yang dihormati.. :) 

Setiap tempahan dan pembelian anda akan di proses dalam masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja..Ia bergantung kepada kuantiti dan jenis barang yang di telah ditempah.
Ianya adalah kerana, jenis perniagaan kami dan barang-barang yang kami jual hampir semuanya kaca. Jadi secara keseluruhannya boleh dikatakan ia melibatkan barang-barang mudah pecah dan kaca..

Oleh yang demikian, kami perlu mengambil sedikit masa untuk membuat pembungkusan barang-barang kaca dan mudah pecah itu bagi memastikan ianya selamat semasa proses penghantaran. Ianya adalah salah satu usaha kami untuk memastikan kurangnya risiko kerosakan semasa penghantaran.

Untuk proses pembungkusan barang-barang kaca dan mudah pecah boleh rujuk di SINI

Harap semua pelanggan-pelanggan kami dapat memahami proses dan procedure yang kami perlu lakukan sebelum membuat penghantaran barang-barang yang telah ditempah.

Kadang-kadang rasa sedih sangat apabila ada yang kurang paham....proses pembungkusan barang-barang kaca ni bukan macam bungkus kosmetik / baju yang di beli online...Kami perlu lakukan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Kerana ianya adalah tangungjawab kami dan usaha kami untuk mengurangkan risiko semasa penghantaran.

Harap uols boleh beri kerjasama dengan sedikit kesabaran jika shopping pinggan mangkuk online dari kami.. kerana kami mahu berikan yang terbaik untuk semua.. :)

Love'n'care


Hamliana Kitchenware



No comments :

Post a Comment