Pages

Saturday, November 23, 2013

JOHOR CUTI JUMAAT BERMULA JANUARI 2014



Rasanya dah dekat sebulan juga spekulasi pasal cuti hujung minggu kat Johor ni... tapi hari ini dah sah.. Sultan Johor dah umumkan yang Johor akan cuti hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu bermula Januari 2014 ni..

Hehehehe siapa yang kat sini umur-umur saya atau lebih tua dari saya mesti dulu masa sekolah pernah merasa cuti hari Jumaat kan.. :)
Rasa-rasa kalau tak silap cuti tukar dari Jumaat ke Ahad masa tahun 1994. masa tu saya darjah 4. haaa dah tua kan sekarang ni.. 
Alhamdulillah...so lepas ni kaum lelaki boleh la menunaikan solat Jumaat lebih tenang dan tak tergesa-gesa kejar masa.. but yang perempuan jangan sedih tau... teka sedih sebab apa?? hehehehe sedih la sebab rehat Jumaat kan biasanya lama.. so masa rehat boleh la gi shopping or window shopping terapi diri.. 
Saya dulu pon sama...masa kerja di City Square, JB memang sangat-sangat menantikan rehat hari Jumaat ni..memang semangat berkobar-kobar nak datang kerja hari Jumaat.. korang sama tak..? :)
mesti sama kan.... ;) 
memang best rehat hari Jumaat..pagi-pagi lagi dah rancang rehat nanti nak makan apa dan nak pergi mana lepas rehat tu. Dah plan duit tu nak tabur kat mane..macam la banyak sangat duit nya..Kotaraya JB la port nak makan masa rehat Jumaat. Sekarang dah tukar kepada Galleria JB kalau tak silap. Tapi tak se"best" dulu..
Tapi kerja di tempat-tempat berhampiran shopping complex memang banyak sangat dugaan nafsu nak membeli. Bawah office shopping mall..memang masaaakkk la.. 
Konon-konon stress jer nak turun wat terapi..mean window shopping or nak beli makanan la..itu la ini la..
Kenangan semua tu..sangat best.

Okla..so selamat bercuti hujung minggu Jumaat & Sabtu untuk semua warga Johor. :)

Tuesday, November 19, 2013

ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI - CENDERAHATI

Rasa dah lama jugak tak update entry dalam blog ni...lately agak kesibukan sikit.. bukan sibuk apa pun...kadang-kadang terpikir nak update, tapi tup-tup ade buat kerja lain.. terus lupa..

Alhamdulillah...setakat hampir 3 tahun buat online kitchenware ini boleh dikatakan ramai jugak oarang-orang brunei yang call/conatct saya untuk bertanyakan perkakasan dapur yang sesuai untuk mereka jadikan cenderahati majlis perkahwinan..
Haaaa terkejut tak korang???
saya terkejut jugak la masa mula-mula dulu sebab tak sangka pulak cenderahati perkahwinan bagi kitchenware macam mangkuk-mangkuk, casserole, jug.
Kalau kite kan biasanya bagi benda yang comel lote..cute, murah..tapi bukan semestinya benda-benda yang berasaskan kitchenware. 

Ermmm...masa mula-mula 1st time customer tanya dulu, saya tanya la nak buat ape..? dia cakap untuk bagi cenderahati orang datang majlis. Syok kan... :) kalau saya, semangat nak datang majlis dapat gift best. kekeke. :P gurau jer..

Dan terbaru..ada sorang customer ni tanya tentang perkara yang sama..
Allhamdulillah..Hamliana Kitchenware di beri peluang dan kepercayaan untuk membekalkan jug jenama Pasabache sebagai cenderahati perkahwinan beliau untuk majlis berbedak. Kami hanya berhubung secara online sahaja. Sangat berbesar hati diberi kepercayaan sebegini.

Haaaa..dan disebabkan selalu mendapat pertanyaan pelanggan-pelanggan dari Brunei..saya pun rasa terpanggil untuk studi sikit tentang adat istiadat majlis perkahwinan melayu Brunei.
Wahhh memang banyak la acara istiadat dia...patutlah setiap adat tu ada gift yang lain-lain..Baru la saya faham.... :) majlis akan berlangsung 3-7 hari. wow sangat kan..
kalau ada rezeki teringin sangat nak hadir majlis perkahwinan melayu Brunei. 
Tapi...ada yang sudi jemput ke.. :)

Ok jom kita tambah pengetahuan serba sedikit tentang adat istiadat perkahwinan Melayu Brunei. (info dari Bruneistars.com)
Adat-adat yang diamalkan atau dilangsungkan di perkahwinan di Negara Brunei Darussalam itu berbeza mengikut keluarga atau ‘pengangun’ masing-masing. Ia juga berbeza mengikut daerah atau puak tempat perkahwinan itu dilangsungkan.Adapun, adat-adat yang biasa (lazimnya) diamalkan oleh kebanyakan melayu Brunei adalah:

  1. Berjarum-jarum (Merisik)
  2. Bertunang
  3. Pembuka Mulut
  4. Adat Berian
  5. Mas Kahwin
  6. Adat Penyerahan Wali
  7. Akad Nikah
  8. Adat Berbedak
  9. Adat Berinai (berpacar)
  10. Adat Mandi Langir
  11. Adat Menunu Benang 7 Warna
  12. Adat Bejarah (berziarah/bersalam)
  13. Adat Pusing Naga (Bagi Lelaki)
  14. Istiadat Bersanding
  15. Adat Basuh Kaki (Puak Tutong)
  16. Adat Bersuap-suapan
  17. Malam Ambil-ambilan
  18. Adat Mulih 3 atau 7 hari

 Cantik sangat..teringin nak pegi sini..InshaaAllah..




Pasabahce Doro Jug

Friday, November 15, 2013

PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN HADIAH PERKAHWINAN, HARI GURU, HARI KELUARGA, CABUTAN BERTUAH, HARI IBU DAN SEBAGAINYA



Panjangnyer tajuk... :)
ok sebenarnya nak war-warkan..bagi anda yang merancang untuk menyediakan hadiah-hadiah untuk majlis-majlis tertentu seperti Hari Guru, Hari Keluarga, Cabutan bertuah, hadiah untuk AJK-AJK majlis, hari ibu, hari wanita dan macam-macam hari lagi la ade.. :) Anda boleh hubingi kami untuk mencari hadiah yang dikehendaki.. InshaaAllah kami boleh bantu anda ikut budget anda..

Kalau untuk perkahwinan pon boleh..yang pening pusing nak cari hadiah perkahwinan boleh kunjungi kami atau hubungi kami. Then kite pilihla nak hadiah ape yang bersesuaian dengan budget...
Atau if korang tak dapat nak attend majlis kawen tu.. boleh jer order hadiah online dari kami..then kami akan siapkan dengan pembungkusan sekali. Terus courier kepada pengantin. Lagi senang kan.... :)

Kami di Hamliana Kitchenware sangat mengalu-alukan kunjungan anda atau panggilan anda untuk berurusan dengan kami.. :)

Hamliana Kitchenware ,Tmn Nusa Idaman Nusajaya. 0107602010

Thursday, November 14, 2013

PENGEDAR DIPERLUKAN HAMLIANA KITCHENWARE, NUSAJAYA

Salam sayang semua..
Kadang-kadang kita ni minat berniaga..tapi tak tau nak niaga ape.. or xde modal besar nak bisnes..tak salah mulakan dengan hanya yang kecil..secara sambilan. boleh tambah-tambah duit dapur kan... :)
saya dulu pon memulakan perniagaan hanya secara sambilan dengan menjadi pengedar sebuah stokis pinggan mangkuk di kawasan rumah saya dengan hanya membayar yuran keahlian sahaja...semua saya jual.. semua katalog.boleh jadi kedai bergerak :)
masa tu saya kerja sebagai piping design engineer sebuah syarikat oil and gas HQ di Spore tapi pejabat di City Square JB. hehehe ingat lagi...masa naik lif semua org lain sylo mylo nak gi keje..sy gi keje jugak tapi merengkek2 bawak barang2 yang diorder oleh kawan2 pejabat.. 
pastu cube pas2 katalog kat pejabat2 sebelah.. kekekeke :P
kalau ade org luar order, penuh bonet kete..on d way balik keje nanti saya singgah la hantar barang ke rumah2 diaorang area JB..
saya pon tak tau macam na leh terjebak serius dalam trading pinggan mangkuk dan perkakasan dapur ni..mungkin dah di tetapkan olehNya..dari sekadar suka-suka ia jadi minat dan terus jadi passion. Best sangat bile customer call kita tanye barang2..or nak order barang2..and paling hepi bile barang yang diorder tu ade dan dapat deliver kepada customer. And customer hepi!! :) perasaan tu puas sangat! 
memang la untungnya biase2 saje..takdela hebat sangat macam saudagar2 lain..tapi untung tu berbaloi dengan modal dan risiko yang rendah... kalau dapat untung bulan-bulan 200-300 as part time sape nak bagi kan....atau lebih hingga 700 sebulan.. dunia sekarang ni RM1 pun takde sape nak bagi saje2 kat kite tanpa kite nak menambah nilai orang lain.. boleh la cover2 duit jajan anak2 kan.. :) sayalah tu...
Bile kite bisnes ni walaupun kecil2..kite akan dapat banyak pengalaman..dr segi marketing..dari cara nak deal n closed sale dgn customer..dan kite akan dapat banyak kawan... percayalah...dari niat saje2 mesti jadi minat tu pun kalau kite nak buat la.... :)
Jadi kami di Hamliana Kitchenware, sangat-sangat mengalu-alukan andai ade kawan2 sekitar Nusajaya, Gelang Patah, Selesa Jaya Skudai, Bukit Indah, Tman Perling, Johor Bharu yang ingin cari duit tepi..secara part time..dengan modal yang sangat2 rendah dan tiada risiko, jomla jadi sebhagian daripada kami sebagai pengedar kami..
InshaaAllah jika anda sudi, kami sedia membimbing anda macam mana nak buat..if ade yang malu2...
Katalog permulaan akan disediakan. Anda tak perlu nak susah payah simpan stock. :)
Jika ade yang sudi, jom kunjungi kami di Hamliana Kitchenware, Tmn Nusa Idaman. InshaaAllah nanti kite jumpe, leh cit cat k...akan diterangkan macam mana utk bermula... :) dan insentif2 untuk pengedar.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh terus sms/call saya Diana 0107602010 :)



Tuesday, November 12, 2013

CENDERAHATI MURAH, LAGI MUDAH DENGAN ONLINE

Salam sayang semua.... :)
Alhamdulillah dipanjangkan umur kita leh hidup lagi sehari hari ni...
Nak berkongsi kegembiraan...bukan ape..cuma rs sangat-sangat berbesar hati bile kita dapat supply cenderahati untuk sesuatu majlis..
Terbaru ni Alhamdulillah semua tempahan sebanyak 1600 biji telah selamat sampai di rumah pelanggan di Tangkak. 
Beliau hanya order secara online sahaja dari kami.. tak perlu susah2 nak keluar duit minyak..nak sewa lori or van untuk angkut barnag-barang yang berkotak-kotak.
Semuanya kami akan courier sehingga depan pintu rumah anda...
Jom cuci mata tengok gambar-gambar kiriman mrs.customer dan juga gambar proses menyiapkan dan menghantar barang-barang cenderahati.





 Kotak-kotak yang telah disiapkan mengandungi cenderahati murah.



Siap sedia tunggu lori



 Yeayyy proses menghantar barang kepada customer.


>
>
>
>
ok ni plak gambar kiriman customer yang dah terima semua barang-barang ni..



 penuh rumah dengan kotak ;)


 gambar yang diambil oleh customer ketika proses "selongkar" kotak


 kreatif.. lekatkan ucapan terima kasih pengantin di atas kotak.
Sangat mudah dan praktikal.
Nak siap dengan sticker ucapan pon boleh uols..kami akan sediakan untuk anda. :)

>
>
>
sebarang pertanyaan boleh terus 
SMS-CALL 010-7602010
WHATSAPP 017-7203640
EMAIL pingganmangkukonline@gmail.com

Friday, November 1, 2013

KATALOG GIACOMO IN DA HOUZZZZZ


KATALOG GIACOMO READY STOK
>
>
>
KEPADA SEMUA PEMINAT GIACOMO KALAU NAK DAPATKAN KATALOG JOM TERUS HUBUNGI KAMI
>
>
RM22 TERMASUK PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MSIA
>
>
WHATSAPP 0177203640
SMS/CALL 0177203640