Pages

Thursday, April 24, 2014

FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM @HAMLIANAKITCHENWARE

Untuk yang sentiasa nak dapatkan update terbaru dari kami atau pun lebih senang bersosial di instagram, jom follow kami di  HamlianaKitchenware . Klik untuk follow ye..


Wednesday, April 23, 2014

SPONSOR PERKAKAS MEMASAK UNTUK PROGRAM KETUK-KETUK RAMADHAN 2014

Salam sayang... 

Lama sangat rasa tak update blog. Sejak kebelakangan ini agak kebizian sedikit dengan urusan keluarga dan bisnes.

Ingin berkongsi sedikit kegembiraan dan cerita dengan semua pembaca blog ini atau yang sedang berkunjung cuci-cuci mata di blog ni..

Alhamdulillah..syukur tak terhingga kehadrat Illahi kerana kami di Hamliana Kitchenware, organisasi kerdil yang baru nak menapak-napak di beri peluang untuk menaja rancangan memasak di bulan puasa nanti iaitu "Ketuk-ketuk Ramadhan" terbitan JS. PICTURES SDN. BHD. dan akan dihostkan oleh Sheila Rusli.

Kami di Hamliana Kitchenware menaja peralatan memasak untuk digunakan bagi dapur jenis induction. Semoga kerjasama ini akan diberkati olehNya dan membawa seribu rahmat untuk Hamliana Kitchenware dan semoga program masakan itu berjalan lancar.

Ini diantara perkakas memasak yang pihak kami taja untuk "Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014"

TQ Allah.. :'')