Pages

Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014 UNTUK SEMUA :)

Salam penuh kasih sayang dan salam hormat untuk semua.... :) Alhamdulillah..hari ini 1 JANUARI 2014. Dipanjangkan umur dan diberi kesempatan olehNya untuk saya mencoret lagi dalam blog pinggan mangkuk ni...:)
Khas untuk semua...kami si Hamliana Kitchenware ingin mengucapkan selamat menyampbut tahun baru 2014..:)
Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini..Semoga mencapai kejayaan dunia akhirat..
Kami di Hamliana Kitchenware, mempunyai azam jugak tau..macam-macam azam dah di senaraikan untuk Hamliana Kitchenware dan  KEDAI ONLINE serta blog kami ini.. semoga segalanya di permudahkan oleh-Nya..
InshaaAllah 2014 menjadi tahun ke-4 kami menjalankan perniagaan berasaskan pinggan mangkuk secara online.Dan jika di bandingkan dengan anak seumur 4 tahun, kami masih terlalu kerdil dan mentah dalam bidang ini..semoga kami juga akan menjadi lebih baik, mencuba terbaik untuk semua..Amin..
Ok la..short writing..
Last but not least..Wishing you a happy new year!!! :):)


Sunday, December 22, 2013

REDENSIA 47 PCS DINNER SET_GIACOMO SALES!!

Untuk sesiapa yang jenis suka bunga-bunga, roses, merah saya rasa set ini antara set yang boleh di jadikan pilihan...sebab antara set-set giacomo, set ini antara yang hot tau.. 
Yes..nama dia REDENSIA 47 DINNER SET.
set ini porselin berkualiti dari Giacomo. Set ini adalah hidangan untuk 8 orang. Lengkap dari pinggan makan hinggalah ke tea set. Memang cun.. :)

Apa lagi yang best?? yang bestnya sebab set ini kami nak bagi offer!! 27% less dari harga katalog. Limited stock jer tau.. ready stock ni.. sape cepat dia dapat ok.. :) kalau rasa lama lagi nak pakai, tak pe...beli jer sekarang..yang penting dapatkan harga jimat ni...sebelum harga back to normal or maybe ade perubahan untuk 2014. 

Jom kita tengok camne rupa set redensia ni...kompom uols jatul hati tau...


 chomel kan.. :)

 ini dia harga katalog.
RM 475/ SET
>
>
Jangan bayar RM 475 tau.. sebab nak bg harga offer.
27% less dari harga katalog ni..
Sekarang hanya RM 346.75 sahaja tau.
If uols perlukan penghantaran, hanya RM 60 sahaja.. set ini banyak keping dan agak berat skit.. so cas penghantarannya agak tinggi sikit la... tapi still lagi tak lebih dari harga katalog tau.
So memang rugi kalau korang tak rebut offer ni....
sampai abis stock atau sampai hujung tahun ni jer k..END 2013.

Jom cepat-cepat SMS 010-7602010 / WHATSAPP 017-7203640 
ATAU if korang dok sekitar JB, nak self pickup just call jer 010-7602010 untuk booking dulu.. then nanti pickup kat kedai k...



Wednesday, December 18, 2013

SHAKLEE.. KENAPA SAYA JUAL PINGGAN TAPI JOIN SHAKLEE??

Salam kasih sayang semua.. :) 
Petang-petang ni saya nak kongsikan..nak sharing skit..kenapa saya jual shaklee jugak?? ada kwn2 yang tanya..kate jual pinggan mangkuk..kenapa jual shaklee..?? Tak hilang FOKUS ke?? Tapi sebenarnya saya tak JUAL pun..hanya membantu mereka yang nak dapatkannya..:)
Tak da kenapa....saya join shaklee sebab memang saya ada mengamalkan pengambilan beberapa supplement untuk diri, anak-anak, suami dan mak..dan dengan system perniagaan Shaklee yang sangat-sangat mudah serta produk yang baik, maka saya pun terbuka hati untuk membantu orang lain..if ada yang mahu dapatkan supplement-supplement dari Shaklee.. Saya tak jual pun... hanya membantu..Terlanjur di kedai, saya pun offer la kepada mereka yang datang ke kedai, atau agen-agen jika mereka mahu dapatkan Shaklee, saya boleh tolong..Untuk mereka yang berada di sekitar NUSAJAYA, GELANG PATAH, BUKIT INDAH, JOHOR BAHRU boleh jer calling2 saya untuk Shaklee anda. 
Dan semestinya untuk semua pelanggan-pelanggan / pengunjung blog ini yang nak dapatkan mana-mana supplement Shaklee, uols BOLEH dapatkan dari saya secara ONLINE. haaaa semua nya di hujung jari... sambil membeli pinggan, sambil dapatkan supplement untuk kesihatan badan. Kalau dah terlanjur membeli kitchenware, boleh la FREE penghantaran untuk SHAKLEE. :) Best tak..?

Sebab lain..Shaklee mempunyai sistem bisnes yang bagus dan mudah..Ianya memang sistem MLM (Multi Level Marketing) and korang nak tau tak.. SHAKLEE adalah MLM pertama saya sebelum tupperware. Apa yang saya kaji dan fahami dengan sistemnya bersih. Ada prosuk yang bagus untuk pengguna. Bukan semata-mata menjual networking. Dengan Shaklee, kalau uols rajin, uols akan dapat lebih...kalau goyang kaki memang tak dapat ape2...dan tak de istilah nak beli-beli pangkat.
So kita yang tentukan brapa bonus yang kita nak.... 2 angka, 3 angka, 4 angka, 5 angka, 6 angka??

Sebab terkahirnya..saya aktif untuk bisnes Shaklee sebab ada MENTOR. Untuk berjaya, kita perlu ada mentor. Duplicate apa yang mentor kita buat untuk berjaya..InshaaAllah kita terpaksa berjaya macam dia.
Kedua-dua bisnes yang saya ceburi, Alhamdulillah...ada mereka yang sudi menjadi mentor saya untuk saya rujuk. 

Dengan mentor dan supporting group yang bagus, kita akan di bimbing sebaik mungkin...Untuk uols yang masih tercari-cari nak bisnes apa... tak tau nak start camne.. tapi nak bisnes.. Tinggalkan PULAU ALASAN! Dan boleh mulakan sekarang. Jom sertai saya dan rakan-rakan lain dalam group yang sangat membantu. InshaaAllah kita akan diberi tunjuk ajar sebaik mungkin. Cuma TINDAKAN saja yang membezakan hasil kite..

Boleh calling2 saya k.. :) 
diana 010-7602010 / whatsapp 017-7203640 
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR 1030612



Tuesday, December 17, 2013

PROMOSI PERIUK GORENG AJAIB GENERATION 3

MASIH TAK MEMILIKI GAJET DAPUR AJAIB INI?? TERBARU!! 
===========================================
✓ Terbaru! Periuk Goreng Ajaib Generation 3
✓ Ibu segala produk AJAIB yang ASLI
✓ Pelbagai fungsi masakan dengan hanya satu periuk.
✓ Tumis, rebus, goreng, kukus, gulai, panggang dan bakar
✓ Mudah! TIDAK melekat dan senang cuci
✓ CEPAT, jimat masa

Harga asal Periuk Goreng Ajaib Generation 3 ini RM 339

Tapi JANGAN bayar RM 339 sebab kami nak bagi harga diskaun.

========================================
SMS KOD DAN HANTAR KE 010-7602010
========================================




SMS sekarang untuk layak dapat Periuk Goreng Ajaib Generation 3 pada harga RM 229 sahaja.

Kos Penghantaran
Semenanjung Malaysia : RM 13
Sabah / Sarawak : RM 40

**JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 30 HARI JIKA ANDA TAK PUAS HATI DENGAN PERIUK GORENG AJAIB GENERATION 3 DARI KAMI.

========================================

11 SMS Terawal Layak Dapat BONUS bernilai LEBIH RM 109 tanpa sebarang bayaran.
BONUS 5 + 3


1) Rak Pengukus 
2) Getah Gantian
3) Penyepit
4) Stim tray
5) Penapis deep fry

TAMBAHAN BONUS

1) Buku Resepi Periuk Goreng Ajaib Generation 3
2) DVD Resepi Periuk Goreng Ajaib Generation 3
3) Woven Bag

========================================

p/s: pastikan hanya dapatkan yang ASLI. JANGAN TERTIPU.
PROMOSI TERHAD! JANGAN MENYESAL KALAU TERLEPAS.
**Tertakluk kepada terma dan syarat.



Friday, December 13, 2013

DYNASTY GOLD DINNER SET - GOLD LINE SERIES DARI GIACOMO

Ok.. rentetan dari Sales hujung tahun ni.. dah lame dah update kat sini , tapi tak sempat-sempat nak update kat blog...

If uols sedang mencari-cari dinner set yang simple, putih dan harga berpatutan, saya boleh suggest kan Dynasty Gold Dinner Set 47 pcs ni.. Set ini adalah dari Giacomo. Materialnya adalah Fine Porselain. Permukaannya licin dan berkilat. Memang nampak agak mewah walaupun harganya berpatutan.. Untuk set ni, part paling saya suka is dia punyer teko. Teko dia jenis teko "buncit". Nampak classy gitu... 

Untuk promosi hujung tahun merangkap clearance stock ni, kami nak bagi discount 27% untuk set ni. Rugi sangat if korang tak grab offer ni.. Stock offer sangat-sangat terhad. Pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. :)

ok..ni gambar katalog untuk set ni.
Harga biasa RM 534

Disebabkan meja kat kedai ni tak muat nak longgok set ni untuk saya ambil gambar, so saya amik gambar set ni kat lantai jer... huhuhu..dengan pengcahayaan yang agak kurang. Tapi sebab nak tunjuk kat uols.. saya amik juga..khas untuk uols tau.. :)
Lupa nak cerita.. set ni hidangan untuk 8 orang tau.. bukan 6 orang macam lain-lain dinner set. So dengan discount dan harga after discount ni memang sangat-sangat BERBALOI la kan...? Untung sangat siapa yang grab penjimatan ni... Raya lambat lagi...?? Tak pe lah... beli sekarang pun bukan set ni busuk pun.. still leh pakai lagi if uols nak pakai untuk raya.. Yang penting rebut dulu harga ni..
Ok jom cuci mata tengok gambar set yang sebenar..

 Dynasty Gold Dinner set. Amacam..?? :)


 Eksklusif kan..


Haaa ni ler teko dia.. saya suka! :) korang suka tak..?

Harga biasa RM 534
Discount 27%!!
Sekarang HANYA RM 389.80 sahaja..

Penghantaran..?? Set ni memang agak berat dan kandungan nya yang banyak..so honestly cas penghantaran nya agak mahal sikit skang ni.. Cas penghantaran RM 60 (SM).

Sebelum ni set ni dah pernah menemui puan empunya kat Perlis, Melaka dan Pahang,, And sekitar JB. If korang rasa berbaloi nak grab boleh jer terus inform saya k... :)

Untuk uols yang sekitar Johor Bahru, boleh terus call untuk confirm kan booking, and terus pickup kat kedai kami di Tmn Nusa Idaman, Nusajaya Johor.

SMS/CALL 010-7602010
WHATSAPP 010-7203640

If korang nak tau lain-lain punyer promotion jom cepat-cepat klik PROMOTION END 2013 ni k... 

Thursday, December 12, 2013

LUMINARC SEQUINS WHITE 33 PCS DINNER SET

Khas untuk yang meminati gaya dapur modern, kami boleh suggest kan luminarc dinner set design Sequins White. Wahhh memang modern dan eksklusif..
Dannnnn... :) khas untuk uols yang pantas kami nak beri hadiah FREE GIFT istimewa iaitu ELBA RICE COOKER 2.8L & 1 set Luminarc Fridge 5pcs Water Set.

Ok..jom tengok dulu camne rupenyer SEQUINS WHITE dinner set ni..


Hanya untuk yang terpantas dapat peluang hebat ni. Tak kan nak tengok jer kan....
Luminarc Sequins White 33 pcs Dinner set kini hanya RM 799 sahaja per set.
Kandungan set:
- 6 biji dinner plate
- 6 biji soup plate
- 6 biji dessert plate
- 6 biji cawan
- 6 biji piring
- 1 biji salad bowl
- 1 biji teko

Untuk yang nak dapatkan online, penghantaran hanya RM 35 sahaja (SM).

Ape free gift hebat tu..???

haaa ni lah dia.. Elba Rice Cooker 2.8L yang bernilai RM 129 tapi...kami nak bagi FREE khas untuk mereka yang dapatkan dinner set ni.. Sebab kami sayang uols...sesekali hadiahkan customer :)

om terus SMS 010-7602010 / WHATSAPP 017-7203640 / PM sini untuk REBUT gaya hidup modern dengan FREE GIFT yang BEST!

**term FREE GIFT hanya available untuk cash term sahaja.. :) tak valid if nak installment**

Tuesday, December 10, 2013

BERCUTI DEKAT-DEKAT JER.. LOTUS DESARU BEACH RESORT

Dari sehari ke sehari nak gi bercuti...tapi sentiasa ada kekangan..so by hook or by crook cuba juga curi masa untuk bawa anak-anak gi bercuti...kan cuti sekolah..tak kan nak dok rumah jer kan..dok kedai.. kesian plak kat anak-anak.. so after pertimbangkan a few factors..so kami decide nak bercuti dekat-dekat jer... google punyer google..study punyer study.. so kami decide gi holiday ke.... LOTUS DESARU BEACH RESORT.
kekeke macam jauh la sangat kan.... :) :)
actually sebenarnya atas dasar faktor hari ahad yang lepas ada jemputan kenduri kahwin di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi. So sekali jalan...terus ke Desaru.

Secara keseluruhannya...ok la holiday kat sini..sebab ade water theme park. So sangat happening untuk anak-anak..memang terapi jiwa untuk diaorang. Anak saya ler tu....dah masuk water park tak mau balik..pulun sangat main air.

Kami pergi 3 hari 2 malam..booking guna booking.com. Harga untuk 3 hari 2 malam RM 440 untuk bilik single room. Haaaa cakap pasal bilik ni...saya ada yang kurang berkenan skit.. sebab.. bilik yang saya duduk ni apartment single room dan roomnyer tu kat atas. Maksudnya ada tangga nak ke katil. Saya lupe plak nak ambil gambar bilik. Saya cari kat google jer.. Kalau anak-anak dah besar tak de masalah kot untuk pilih bilik jenis camni... Tapi sebab saya ada hero yang baru dapat "kaki"...maka tangga tu sangat lah mencabar kesabaran saya..sebab si kecik ni pulun sangat nak naik tangga. Seriau jer tengok dia posing-posing kat tangga tu tunjuk hebat. Dan...ade la jugak 3 kali dia jatuh..tapi xde la tinggi sangat..dalam 3 anak tangga dan tergolek. 

ok ni gambar dari mr.google. Haaa ni lah gambar bilik yang saya duduk tu...kalau memang datang berdua untuk honeymoon memang sessssuaaaai sangat. TAPI bile kena bersilat jaga tangga, tu yang rasa nak tukar bilik jer..

 ni gambar katil kat bilik atas

ni plak gambar bilik bawah. Ruang tamu and dapur. 

Haaaa korang nampak tak tangga tu....? seram kan kalau anak-anak jatuh tergolek.
Bilik ni dah best dah...sebab lengkap. Ada peti ais, microwave, pinggan, mangkuk, sudu, cabinet dapur nak basuh-basuh pinggan.. :) So memang best la..cuma tang tangga tu jer... kekekeke..

haaa ni pon gambar dr mr.google. Pemandangan kat sini malam-malam memang cantik... :)

Disebabkan Lotus Desaru ni tersangat la luas dan besar..so if nak ke parking and cafe untuk breakfast atau ke pantai kena la naik shuttle dia... kalau nak berjalan memang berpeluh la jugak...lagi-lagi kalau dapat blok yang jauh macam saya...

Breakfast kat sini ok la...not bad..makanan sedap-sedap.. cuma masa saya pergi ni memang tersangat la ramai orang...cafe dia cam dewan makan kat asrama gitu. Betul-betul ngadap laut..Cantek. :)

 Sea View Cafe


 Haaa.. penuh wei orang


Tempat Breakfast ni betul-betul hadap ke laut.

Lepas breakfast, apalagi bawa anak-anak terapi jiwa kat water park..tapi..memang sangat lah ramai manusia...sebab kebetulan hari Ahad dan esoknya public holiday untuk Johor. Maka berduyun-duyun lah orang bercuti ke sini..
Best gak lah water park dia... paling best ade coconut fall. Ada air dalam tempurung kelapa gergasi yang akan simbah ke kita bila ia penuh.. kekeke bahasa ape la aku tulis ni.
Lupa nak amik gambar cocnut fall ni. Ok i amik dari mr.google jer k..

Gambar google: coconut fall

Gambar saya plak...ni jer sempat ambil masa kat water park...




En.Suami layan anak-anak..kekeke.. 

Untuk aktiviti lain plak... kami gi Tanjung Sedili, perjalanan 40 KM dari Lotus ni...jauh gak la kalau orang yang tak pernah pergi..saja jalan-jalan.. kat sana ada orang jual keropok lekor homemade, so beli la buat ole-ole... :)
Pastu gi beli ikan segar baru naik dari laut kat kompleks Perikanan Tanjung Sedili. Sebab ape kami boleh beli..? Sebab ada peti ais dalam bilik hotel. So kami beli la...simpan kat peti ais tu..kekekeke.. :)

So secara general...ermmm boleh lah kate berbaloi holiday kali ni... :) tempat best..hiburan anak-anak pun best.. 

If korang rasa-rasa tak tau nak bercuti kat mane kalau kat Johor ni...boleh la try test holiday kat Lotus Desaru Beach Resort ni.. :)

Thursday, December 5, 2013

JELITA! LUMINARC FIREPROOF CASSEROLE FLORAL VISTA 3PCS/SET

Hai... :) bagi uols yang minat bunga-bunga..orkid plak tu..purple. haa jom la kita tengok..kita cuci mata k.. mana la tau kot-kot ade yang jatuh hati dan ingin mendapatkan nya...kami boleh bantu.
Set casserole ni ade 3 biji per set. Setiap biji ade penutup kaca tembus pandang. So senang la nak usha-usha makanan dalam periuk tu kan... :)
Saiznya 1L, 2L dan 3L. Periuk ni boleh digunakan untuk memasak terus di atas dapur gas. Pastu..sebab periuk ni cantik cun melecun....korang boleh terus hidangkan ke meja hidangan menggunakan periuk ni...eceh. Dari dapur terus ke meja hidangan. 
Then, periuk ni jugak boleh digunakan untuk panaskan di dalam microwave. Boleh guna utk dishwasher kalau ade... :) saya basuh pinggan pakai tangan jer... 

Ok jom cuci mata..terapi stress. ;)



 ok.. ni lah corak Floral Vista. Casserole ni saiz 3L.saya cuma nak closed up gambar corak sebenar.
amacam cun tak..? :)




Set Luminarc Fireproof Casserole Floral Vista
Saiz 1L, 2L & 3L
PROMOSI TERHAD>> Sehingga 31 Jan 2014
FREE GIFT 2 pcs Luxe Clair Ovenware Casserole

Untuk set ni hanya RM 535 sahaja termasuk penghantaran semenanjung M'sia.
>
>
If ade yang jatuh chenta.. :) jom la terus amik handphone..
SMS NAMABANDARFV13 KE 010-7602010
atau
WHATSAPP NAMABANDARFV13 KE 017-7203640


LUMINARC CASSEROLE *MUTU*GAYA*TERBAIK




Dari pengalaman saya..sepanjang 3 tahun menjual barangan pinggan mangkuk ni...orang Malaysia agak kurang mengenali jenama Luminarc. 
Bagi mereka yang masih tercari-cari periuk kaca yang boleh di gunakan utk memasak di atas api...atau pon kite panggil casserole. Luminarc adalah pilihan jenama yang tepat selain dari Corningware. Jika Corningware adalah dari US. Luminarc adalah barangan pinggan mangkuk buatan Perancis. Luminarc berasal dari France.

Untuk pengenalan...jom kita tengok video ni untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai Luminarc Casserole. :)

ALHAMDULILLAH DOORGIFT KE BRUNEI SELAMAT DIHANTAR

Alhamdulillah....lega sangat rasa kat hati..bile dah hantar semua tempahan jug as "doorgift" yang di tempah oleh seorang pelanggan dari Brunei. Kisah nya korang boleh baca kat sini k..

Customer ni order 200 biji jug jenama Pasabahce. Sangat-sangat terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami... Sebagai orang yang menjalankan bisnes secara online, KEPERCAYAAN yang diberikan oleh pelanggan adalah NILAI yang terhebat dari Allah..sebab kepercayaan ini bukan boleh dijual beli..

Saya akui..tanpa kepercayaan memang sukar untuk kita bina perniagaan online. Sebab kalau orang tak percaya..barang RM 10 pun orang tak nak beli..takut nak beli sebab takut kena tipu. Betul tak..? 
So saya memang sangat-sangat bersyukur kerana diberikan "rezeki" kepercayaan ini kepada kami di HAMLIANA KITCHENWARE / PingganMangkukOnlineHamliana .

InshaaAllah kami sentiasa cuba berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kami buat untuk pelanggan-pelanggan kami.

Gambar-gambar kat bawah ni proses me"ready" kan tempahan dari mrs.customer..




Inilah jug yang di jadikan doorgift. Hanya RM 19.90 sahaja/pc
Jika ada yang nak beli satu-satu pon leh jer..
If ade yang nak beli borong pon boleh... :) contact jer saya k..kita bincang.
010-7602010 /whatsapp 017-7203640



Doro Jug



Kerja-kerja menge"check" keadaan jug sebelum dihantar kepada pelanggan untuk memastikan jug berada dalam keadaan baik sebelum dihantar.
Terima kasih encik suami.. :)




Kotak-kotak yang telah siap dipacking, menunggu lori courier datang pickup.

 Kerja-kerja memunggah kotak-kotak ke dalam lori.



  Kerja-kerja memunggah kotak-kotak ke dalam lori.


Terima kasih abang-abang courier..tanpa anda semua, kami tak akan sampai ke tahap ini. Sebab, teraju utama bisnes online adalah courier service yang bagus.
Alhamdulillah di atas nikmat ini...semoga selepas ini kami dapat terus menambah nilai terhadap ramai lagi mereka yang memilih membeli belah barangan perkakasan dapur secara online.
Untuk mereka di sekitar JB, boleh kunjungi premis kami di Tmn Nusa Idaman, Nusajaya, Johor.

SMS/CALL 010-7602010
WHATSAPP 017-7203640
me...diana :)

PERIUK GORENG AJAIB GENERATION-3 are-Ikan

Terbaru daripada are-Ikan. 
" PERIUK GORENG AJAIB GEN-3"
Boleh di katakan periuk goreng ajaib ni macam "ibu" kepada semua produk are-ikan sebelum ni.. Apa yang istimewanya periuk goreng ajaib ni..???
Saiznya lebih besar, periuk nya lebih dalam..so memang sesuai sangat nak masak makanan berkuah. 
Boleh digunakan untuk goreng, rebus, kukus, panggang dan panaskan makanan.
Saiznya panjang 28cm, lebar 22cm dan tinggi periuk 8cm.

Periuk goreng ni ada tangkai untuk pemegang & tangkai penyangkut yang mempunyai getah penebat utk elakkan dari tangan panas.

Ia boleh dipisahkan menjai 2. Iaitu 1 bahagian boleh jadi fry pan, dan lagi 1 bahagian jadi periuk. Wah gitu!!

Apa yang PERCUMA kami nak beri anda dengan setiap pembelian periuk goreng ajaib ni..?? Banyak tau... :)
  • PERCUMA Buku resepi
  • PERCUMA CD resepi
  • PERCUMA Getah gantian
  • PERCUMA Penyepit
  • PERCUMA Rak mengukus
  • PERCUMA Bake tray
  • PERCUMA Penapis
  • PERCUMA Woven Bag
Jom kita closed up lagi gambar periuk goreng ajaib ni secara dekat...

 Gambar dari atas Periuk Goreng Ajaib Gen-3



 Periuk Goreng boleh dipisahkan menjadi 2 bahagian



 Semua aksesori yang anda akan dapat dalam setiap kotak




 PERCUMA>> FREE GIFT khas untuk periuk goreng ajaib gen-3



Gambar dari tepi. Periuk goreng ajaib ni dalam.Memang sesuai masak berkuah.



Amacam...?korang rasa-rasa berbaloi tak...?:)
Memang sangat-sangat berbaloi...
>
>
Sebab sekarang ada discount 30%!
>
>
Harga Asal RM 339
>
>
SEKARANG HANYA RM 237.30
>
>
RM 237 sahaja
>
>
Penghantaran RM 13 (SM) & RM 50 (SS)
>
>
Jom terus call/SMS 010-7602010
Whatsapp : 017-7203640
atau untuk uols kat area JB, boleh tempah sekrang dan datang collect kat kedai.:)

Wednesday, December 4, 2013

WAFFLE AJAIB are-Ikan. JOM BUAT WAFFLE DARI RUMAH!

Salam sayang semua....
dari sehari ke sehari nak update tentang product terbaru daripada are-Ikan. Baru ade kesempatan...
Ok korang....suke makan waffle tak..? mesti suke kan.... :) anak-anak pon mesti suke..
kalau makan panas-panas memang terangkat. korang suke perisa ape..?
Saya suka coklat + kacang. Kalau nak beli kat kiosk skang memang dah mahal..dah naik harga..same goes to jagung cawan kan....

so apa kata lepas ni, kita cuba buat waffle sendiri untuk anak-anak..lagi-lagi time cuti sekolah ni kan.... anak-anak kat umah memang selalu lapor jer..

ok ni yang terbaru dari are-Ikan. 
WAFFLE AJAIB.
senang jer pakai dia sebab tak melekat. and tak payah pakai elektrik pon..just letak atas dapur jer..
nanti setiap pembelian waffle ajaib ni, akan diberikan BUKU RESEPI secara PERCUMA. haaaa bukan setakat waffle jer tau..macam-macam lagi uols leh wat.. leh wat kuih cara berlauk, pizza , kuih bakar dan macam-macam lagi ler... :)
saya memang tak pandai masak..setakat waffle tu leh la...kikiki.









ok korang.. nilah rupe paras waffle ajaib tu... 

Untuk waffle ajaib ni hanya RM 138.60 sahaja & penghantaran RM 12 (SM) . Kalau Sabah & Sarawak plak penghantaran RM 35.
If ade yang berminat..teringin nak feeling2 masak waffle untuk anak-anak tersayang, jom ler terus SMS/CALL 010-7602010 / WHATSAPP 017-7203640.

Saturday, November 23, 2013

JOHOR CUTI JUMAAT BERMULA JANUARI 2014



Rasanya dah dekat sebulan juga spekulasi pasal cuti hujung minggu kat Johor ni... tapi hari ini dah sah.. Sultan Johor dah umumkan yang Johor akan cuti hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu bermula Januari 2014 ni..

Hehehehe siapa yang kat sini umur-umur saya atau lebih tua dari saya mesti dulu masa sekolah pernah merasa cuti hari Jumaat kan.. :)
Rasa-rasa kalau tak silap cuti tukar dari Jumaat ke Ahad masa tahun 1994. masa tu saya darjah 4. haaa dah tua kan sekarang ni.. 
Alhamdulillah...so lepas ni kaum lelaki boleh la menunaikan solat Jumaat lebih tenang dan tak tergesa-gesa kejar masa.. but yang perempuan jangan sedih tau... teka sedih sebab apa?? hehehehe sedih la sebab rehat Jumaat kan biasanya lama.. so masa rehat boleh la gi shopping or window shopping terapi diri.. 
Saya dulu pon sama...masa kerja di City Square, JB memang sangat-sangat menantikan rehat hari Jumaat ni..memang semangat berkobar-kobar nak datang kerja hari Jumaat.. korang sama tak..? :)
mesti sama kan.... ;) 
memang best rehat hari Jumaat..pagi-pagi lagi dah rancang rehat nanti nak makan apa dan nak pergi mana lepas rehat tu. Dah plan duit tu nak tabur kat mane..macam la banyak sangat duit nya..Kotaraya JB la port nak makan masa rehat Jumaat. Sekarang dah tukar kepada Galleria JB kalau tak silap. Tapi tak se"best" dulu..
Tapi kerja di tempat-tempat berhampiran shopping complex memang banyak sangat dugaan nafsu nak membeli. Bawah office shopping mall..memang masaaakkk la.. 
Konon-konon stress jer nak turun wat terapi..mean window shopping or nak beli makanan la..itu la ini la..
Kenangan semua tu..sangat best.

Okla..so selamat bercuti hujung minggu Jumaat & Sabtu untuk semua warga Johor. :)

Tuesday, November 19, 2013

ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI - CENDERAHATI

Rasa dah lama jugak tak update entry dalam blog ni...lately agak kesibukan sikit.. bukan sibuk apa pun...kadang-kadang terpikir nak update, tapi tup-tup ade buat kerja lain.. terus lupa..

Alhamdulillah...setakat hampir 3 tahun buat online kitchenware ini boleh dikatakan ramai jugak oarang-orang brunei yang call/conatct saya untuk bertanyakan perkakasan dapur yang sesuai untuk mereka jadikan cenderahati majlis perkahwinan..
Haaaa terkejut tak korang???
saya terkejut jugak la masa mula-mula dulu sebab tak sangka pulak cenderahati perkahwinan bagi kitchenware macam mangkuk-mangkuk, casserole, jug.
Kalau kite kan biasanya bagi benda yang comel lote..cute, murah..tapi bukan semestinya benda-benda yang berasaskan kitchenware. 

Ermmm...masa mula-mula 1st time customer tanya dulu, saya tanya la nak buat ape..? dia cakap untuk bagi cenderahati orang datang majlis. Syok kan... :) kalau saya, semangat nak datang majlis dapat gift best. kekeke. :P gurau jer..

Dan terbaru..ada sorang customer ni tanya tentang perkara yang sama..
Allhamdulillah..Hamliana Kitchenware di beri peluang dan kepercayaan untuk membekalkan jug jenama Pasabache sebagai cenderahati perkahwinan beliau untuk majlis berbedak. Kami hanya berhubung secara online sahaja. Sangat berbesar hati diberi kepercayaan sebegini.

Haaaa..dan disebabkan selalu mendapat pertanyaan pelanggan-pelanggan dari Brunei..saya pun rasa terpanggil untuk studi sikit tentang adat istiadat majlis perkahwinan melayu Brunei.
Wahhh memang banyak la acara istiadat dia...patutlah setiap adat tu ada gift yang lain-lain..Baru la saya faham.... :) majlis akan berlangsung 3-7 hari. wow sangat kan..
kalau ada rezeki teringin sangat nak hadir majlis perkahwinan melayu Brunei. 
Tapi...ada yang sudi jemput ke.. :)

Ok jom kita tambah pengetahuan serba sedikit tentang adat istiadat perkahwinan Melayu Brunei. (info dari Bruneistars.com)
Adat-adat yang diamalkan atau dilangsungkan di perkahwinan di Negara Brunei Darussalam itu berbeza mengikut keluarga atau ‘pengangun’ masing-masing. Ia juga berbeza mengikut daerah atau puak tempat perkahwinan itu dilangsungkan.Adapun, adat-adat yang biasa (lazimnya) diamalkan oleh kebanyakan melayu Brunei adalah:

  1. Berjarum-jarum (Merisik)
  2. Bertunang
  3. Pembuka Mulut
  4. Adat Berian
  5. Mas Kahwin
  6. Adat Penyerahan Wali
  7. Akad Nikah
  8. Adat Berbedak
  9. Adat Berinai (berpacar)
  10. Adat Mandi Langir
  11. Adat Menunu Benang 7 Warna
  12. Adat Bejarah (berziarah/bersalam)
  13. Adat Pusing Naga (Bagi Lelaki)
  14. Istiadat Bersanding
  15. Adat Basuh Kaki (Puak Tutong)
  16. Adat Bersuap-suapan
  17. Malam Ambil-ambilan
  18. Adat Mulih 3 atau 7 hari

 Cantik sangat..teringin nak pegi sini..InshaaAllah..




Pasabahce Doro Jug

Friday, November 15, 2013

PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN HADIAH PERKAHWINAN, HARI GURU, HARI KELUARGA, CABUTAN BERTUAH, HARI IBU DAN SEBAGAINYA



Panjangnyer tajuk... :)
ok sebenarnya nak war-warkan..bagi anda yang merancang untuk menyediakan hadiah-hadiah untuk majlis-majlis tertentu seperti Hari Guru, Hari Keluarga, Cabutan bertuah, hadiah untuk AJK-AJK majlis, hari ibu, hari wanita dan macam-macam hari lagi la ade.. :) Anda boleh hubingi kami untuk mencari hadiah yang dikehendaki.. InshaaAllah kami boleh bantu anda ikut budget anda..

Kalau untuk perkahwinan pon boleh..yang pening pusing nak cari hadiah perkahwinan boleh kunjungi kami atau hubungi kami. Then kite pilihla nak hadiah ape yang bersesuaian dengan budget...
Atau if korang tak dapat nak attend majlis kawen tu.. boleh jer order hadiah online dari kami..then kami akan siapkan dengan pembungkusan sekali. Terus courier kepada pengantin. Lagi senang kan.... :)

Kami di Hamliana Kitchenware sangat mengalu-alukan kunjungan anda atau panggilan anda untuk berurusan dengan kami.. :)

Hamliana Kitchenware ,Tmn Nusa Idaman Nusajaya. 0107602010

Thursday, November 14, 2013

PENGEDAR DIPERLUKAN HAMLIANA KITCHENWARE, NUSAJAYA

Salam sayang semua..
Kadang-kadang kita ni minat berniaga..tapi tak tau nak niaga ape.. or xde modal besar nak bisnes..tak salah mulakan dengan hanya yang kecil..secara sambilan. boleh tambah-tambah duit dapur kan... :)
saya dulu pon memulakan perniagaan hanya secara sambilan dengan menjadi pengedar sebuah stokis pinggan mangkuk di kawasan rumah saya dengan hanya membayar yuran keahlian sahaja...semua saya jual.. semua katalog.boleh jadi kedai bergerak :)
masa tu saya kerja sebagai piping design engineer sebuah syarikat oil and gas HQ di Spore tapi pejabat di City Square JB. hehehe ingat lagi...masa naik lif semua org lain sylo mylo nak gi keje..sy gi keje jugak tapi merengkek2 bawak barang2 yang diorder oleh kawan2 pejabat.. 
pastu cube pas2 katalog kat pejabat2 sebelah.. kekekeke :P
kalau ade org luar order, penuh bonet kete..on d way balik keje nanti saya singgah la hantar barang ke rumah2 diaorang area JB..
saya pon tak tau macam na leh terjebak serius dalam trading pinggan mangkuk dan perkakasan dapur ni..mungkin dah di tetapkan olehNya..dari sekadar suka-suka ia jadi minat dan terus jadi passion. Best sangat bile customer call kita tanye barang2..or nak order barang2..and paling hepi bile barang yang diorder tu ade dan dapat deliver kepada customer. And customer hepi!! :) perasaan tu puas sangat! 
memang la untungnya biase2 saje..takdela hebat sangat macam saudagar2 lain..tapi untung tu berbaloi dengan modal dan risiko yang rendah... kalau dapat untung bulan-bulan 200-300 as part time sape nak bagi kan....atau lebih hingga 700 sebulan.. dunia sekarang ni RM1 pun takde sape nak bagi saje2 kat kite tanpa kite nak menambah nilai orang lain.. boleh la cover2 duit jajan anak2 kan.. :) sayalah tu...
Bile kite bisnes ni walaupun kecil2..kite akan dapat banyak pengalaman..dr segi marketing..dari cara nak deal n closed sale dgn customer..dan kite akan dapat banyak kawan... percayalah...dari niat saje2 mesti jadi minat tu pun kalau kite nak buat la.... :)
Jadi kami di Hamliana Kitchenware, sangat-sangat mengalu-alukan andai ade kawan2 sekitar Nusajaya, Gelang Patah, Selesa Jaya Skudai, Bukit Indah, Tman Perling, Johor Bharu yang ingin cari duit tepi..secara part time..dengan modal yang sangat2 rendah dan tiada risiko, jomla jadi sebhagian daripada kami sebagai pengedar kami..
InshaaAllah jika anda sudi, kami sedia membimbing anda macam mana nak buat..if ade yang malu2...
Katalog permulaan akan disediakan. Anda tak perlu nak susah payah simpan stock. :)
Jika ade yang sudi, jom kunjungi kami di Hamliana Kitchenware, Tmn Nusa Idaman. InshaaAllah nanti kite jumpe, leh cit cat k...akan diterangkan macam mana utk bermula... :) dan insentif2 untuk pengedar.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh terus sms/call saya Diana 0107602010 :)



Tuesday, November 12, 2013

CENDERAHATI MURAH, LAGI MUDAH DENGAN ONLINE

Salam sayang semua.... :)
Alhamdulillah dipanjangkan umur kita leh hidup lagi sehari hari ni...
Nak berkongsi kegembiraan...bukan ape..cuma rs sangat-sangat berbesar hati bile kita dapat supply cenderahati untuk sesuatu majlis..
Terbaru ni Alhamdulillah semua tempahan sebanyak 1600 biji telah selamat sampai di rumah pelanggan di Tangkak. 
Beliau hanya order secara online sahaja dari kami.. tak perlu susah2 nak keluar duit minyak..nak sewa lori or van untuk angkut barnag-barang yang berkotak-kotak.
Semuanya kami akan courier sehingga depan pintu rumah anda...
Jom cuci mata tengok gambar-gambar kiriman mrs.customer dan juga gambar proses menyiapkan dan menghantar barang-barang cenderahati.





 Kotak-kotak yang telah disiapkan mengandungi cenderahati murah.



Siap sedia tunggu lori



 Yeayyy proses menghantar barang kepada customer.


>
>
>
>
ok ni plak gambar kiriman customer yang dah terima semua barang-barang ni..



 penuh rumah dengan kotak ;)


 gambar yang diambil oleh customer ketika proses "selongkar" kotak


 kreatif.. lekatkan ucapan terima kasih pengantin di atas kotak.
Sangat mudah dan praktikal.
Nak siap dengan sticker ucapan pon boleh uols..kami akan sediakan untuk anda. :)

>
>
>
sebarang pertanyaan boleh terus 
SMS-CALL 010-7602010
WHATSAPP 017-7203640
EMAIL pingganmangkukonline@gmail.com