Pages

Sunday, February 28, 2016

Baru Mahu Bangkit

Salam sayang semua...

Maafkan saya kerana dah lama hampir setahun 2 bulan tidak update blog dan tidak tinggalkan apa khabar berita di blog mahupun page.

Maafkan saya sebab tidak dapat memenuhi permintaan bakal-bakal pelanggan yang sudi bertanyakan produk di blog ni. Maafkan saya ya..

Alhamdulillah..Allah beri saya kekuatan untuk menulis semula di blog kesayangan saya ini. Dan mungkin ada pengunjung blog saya yang sedang baca sekarang. Blog yang saya bina sejak tahun 2010 lagi, blog yang saya belajar berniaga online melalui nya. Blog yang menemukan saya dengan pelbagai jenis pelanggan yang saya sayangi dan hormati.

Dan kali ini saya menulis bukan untuk mempromosikan apa-apa produk pinggan mangkuk. :) Saya cuma rindu nak berblog..Untuk pengetahuan semua yang sedang membaca, yang mungkin sebelum ini menggoogle untuk cari pinggan mangkuk, saya nak bagitahu saya sudah berhenti menjual pinggan mangkuk sejak setahun yang lepas. Kedai fizikal saya terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu terutamanya masalah dalam perniagaan fizikal. Jadi ketika sibuk-sibuk menguruskan penutupan kedai dan barang-barang, saya mengambil keputusan untuk memberhentikan operasi kedai online juga.

Banyak coretan kalau nak cerita ini... :) Saya ada coretkan sedikit di  coretan ku kenapa tutup kedai . Kalau sudi, boleh la klik link itu...

InshaaALLAH, ada masa saya akan berkongsi lagi ya.. Especially tentang liku dan keseronokan perniagaan pinggan mangkuk. Saya harap ada yang nak berniaga niche bisnes ini, sebab kesian masih ramai yang mahukan pinggan mangkuk, periuk dan pelbagai lagi secara online atau offline. Jika ada, saya sudi bagi tips-tips dan kongsi apa jua pengalaman yang ada.

Salam sayang!