Pages

Monday, October 20, 2014

BAKING SODA vs BAKING POWDER

:) :) rasa nak tergelak pun ada juga bila saya tulis posting tentang dua jenis ramuan/ bahan utama dalam aktiviti membuat kek/ roti.. 

Sebabnya..saya adalah seorang yang memang "kaki bangku" / "tangan bangku" buat kek/ roti/ biskut dan seangkatan dengannya.. Jadi nak di jadikan cerita, semasa Filem " Mamak Cupcake " sedang hangat dipromosikan di TV, anak saya yang sulong pun beria sangat suruh saya buat cupcake. Hari-hari dia suruh, bercakap di tepi telinga ni..ulang-ulang. Saya pun beli sahaja di La Bohame Jusco . Tapi beli muffin la..lebih kurang   la kan... :)

Tapi anak nak jugak suruh mama dia ini buat cupcake..ni semua pengaruh TV la ni.. :) 
Ok demi anak..saya gagahkan jugak la tanya mr.Google resepi cupcake atau muffin. Dah dapat resepi, saya pun beli lah barang-barangnya...

Dipendekkan cerita...aktiviti baking membaking tu berakhir dengan kekecewaan.. sebabnya cupcake / muffin saya buat tu langsung tak jadi.. langsung tak naik. :( :( :( 

Kiranya adunan saya buat tu memang tak menjadi..so terpaksalah buang. Anak merajuk la.. hahaha Mama dia memang fail baking membaking walaupun kerjanya jual pinggan mangkuk.

Saya pelik..saya memang tak faham tentang bahan-bahan kek ni.. suami kata maybe salah letak serbuk penaik. Rasanya semua letak dah... :) 

Saya studi jugak la function serbuk baking powder dan soda bikarbonat.. Nak tau apa fungsi benda-benda ini.. So dari mr.Google saya dapat simpulkan yang..... 

Baking Powder
 Merupakan agen penaik yang mengandungi soda bikarbonat dan bahan berasid cream of tartar dalam kandungannya. Bertindak membebaskan gas karbon dioksida dalam adunan untuk menaikkan & mengembangkan adunan semasa dibakar. Biasa di gunakan untuk membuat pancake, kek & muffin.


Baking soda (soda bicarbonate)
- Merupakan agen penaik tulen soda bikarbonat. Juga bertindak membebaskan gas karbon dioksida semasa proses pembakaran. Bezanya dengan baking powder ialah, soda bertindak merata & menyebarkan adunan, sementara baking powder bertindak menaikkan. Ada sesetengah resepi yang memerlukan penggunaan kedua2 agen penaik ini untuk mendapatkan tekstur kek yang tinggi & rata.

Orait...macam dah jelas sikitlah.. :) khas untuk siapa-siapa yang macam saya.. tak pandai membaking. ;) semoga perkongsian ini memberi info kepada uols..


*sumber Google*
*my baking workshop*

No comments :

Post a Comment