Pages

Sunday, October 26, 2014

SUP TULANG MERAH

:) Gempak tak tajuk posting kali ni.. :) saya pun nak tergelak..sebabnya saya ni bukan nya pandai masak pun... tapi sebab teringin sangat nak makan sup tulang merah ni...gigihkan dan kuat kan azam cuba buat.. hehehe.. kalau tak kena pergi seberang tambak la kalau nak makan sebab sup tulang merah ini memang popular di Singapura.

Google punya google banyak versi resepi sup tulang merah ni.. tapi saya pilih resepi dari satu blog ni.. nanti saya sharekan yer..

Resepinya dan cara-caranya:

Untuk buat sup:
- Tulang kambing / gear box. (Saya pakai tulang rusuk)
- Serai , halia dititik
- Sup buncut tulang
- Rebukan kesemua bahan-bahan tersebut bersama tulang tadi sehingga empuk.
- Asingkan tulang tadi dari sup..



Bahan untuk membuat tumisan merah:
- 7/8 ulas bawang merah.*
- 3 ulas bawang putih.*
- 2 batang serai.*
- 1 inci halia*
- cili kering secukup rasa. hehe.*
** semua bahan-bahan ini diblender halus. 

- tomato puree
- sos tomato
-kicap manis
- gula melaka
- kiub daging

Ada tambahan : 
- 2 sudu serbuk ketumbar.*
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis*
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih*
- sedikit serbuk lada hitam * (saya letak hujung sudu jer)
** semua bahan-bahan rempah ini dibancuh dengan air. dan ketepikan dulu.

> Kemudian , tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak dan naik bau.
> Selepas itu, masukkan bancuhan rempah tadi.
> Kacau hingga masak dan garing.
> Lepas tu masukkan tomato puree sekucup rasa, kacau-kacau lagi..
> Masukkan sos tomato.. saya tak minat masam-masam sangat so masukkan sikit jer..
> Masukkan sikit kicap manis dan gula melaka serta kiub daging. 
> Kacau lagi hingga semua tu larut.
> Tambahkan air.







> Ok..dah siap tumisan merah ni.. sekarang masukkan daging yang kita dah rebus tadi..
> Kacau-kacau.. lepas itu masukkan kuah sup. 
> Masukkan kentang dan carrot.
> Biarkan hingga mendidih.



> Kemudian, masukkan pewarna merah. Jangan masukkan pewarna sirap tau.. nanti ada bau rose. Yekk macam makan bedak pulak. Make sure pakai pewarna makanan / org johor panggil inci. 
> Masukkanlah garam, gula secukup rasa uols.. 



> Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul. Kacau sekejap. Dan tutup api. Done!!



Kalau saya..suka makan dengan roti.. Cicah dengan roti memang best! 
Kena perbaiki lagi..sebab this is my first try.. :) hehehe.

Untuk resepi lengkap, uols boleh jengah kat website:
wwwdotazlitamasammanisdotcom

Selamat mencuba!!!

No comments :

Post a Comment