Pages

Wednesday, May 7, 2014

SEKITAR RAKAMAN RANCANGAN KETUK-KETUK RAMADAN 2014 DI TESCO SERI ALAM

Sejujurnya saya tidak pernah melihat secara live orang shooting..So inilah pertama kalinya. Jangan gelakkan saya ya.. 

Sedikit perkongsian gambar-gambar sekitar rakaman rancangan KETUK-KETUK RAMADAN 2014 di Tesco Seri Alam, Masai.
Episode kali ini artis jemputan adalah artis Singapura iaitu salah seorang hero dalam drama ARIANA ROSE, Hisham Hamid. 

Terima kasih kepada JS PICTURES SDN BHD kerana sudi menghubungi kami, dan sudi berurusan dengan kami di Hamliana Kitchenware. Semasa sis Sheila Rusli menyebut nama kedai kami di dalam rancangan masakannya sebagai sponsor utama untuk peralatan memasak, saya agak malu..serius.. sebabnya kami ini tiada apa-apa..kami baru sangat bermula..dan tiba-tiba sponsor satu rancangan  yang besar namanya. Macam mimpi pun ada..

Antara yang kami taja adalah set periuk stainless steel Hamburg (induction cooker / gas hob) , set periuk non-stick Glance (Induction cooker/ gas hob), kuali non-stick 30cm & 35cm , pinggan mangkuk untuk menghidang. 

Ok jom kita tengok-tengok gambar di sekitar rakaman semalam ya.. Resepi sis Sheila Rusli semalam ialah kari ayam Pakistan. mabeles!! 


Kuali Non-stick 30cm yang digunakan. Kuali ini datang dengan penutup kaca.
Boleh digunakan di atas dapur gas dan induction cooker.
(ketuk-ketuk Ramadan menggunakan induction cooker)

 Set senduk dan sudip juga ditaja oleh kami. Beserta pinggan hidang dan pinggan bahan-bahan masakan.
Sheila Rusli dan Hisham Hamid berposing sambil menggayakan senduk dan sudip khas untuk Hamliana Kitchenware.
Tq sis Sheila! :)


Gaya Ketuk-Ketuk Ramadan 

Gaya Ketuk-Ketuk Ramadan

1 comment :