Alhamdulillah...setakat hampir 3 tahun buat online kitchenware ini boleh dikatakan ramai jugak oarang-orang brunei yang call/conatct saya untuk bertanyakan perkakasan dapur yang sesuai untuk mereka jadikan cenderahati majlis perkahwinan..
Haaaa terkejut tak korang???
saya terkejut jugak la masa mula-mula dulu sebab tak sangka pulak cenderahati perkahwinan bagi kitchenware macam mangkuk-mangkuk, casserole, jug.
Kalau kite kan biasanya bagi benda yang comel lote..cute, murah..tapi bukan semestinya benda-benda yang berasaskan kitchenware.
Ermmm...masa mula-mula 1st time customer tanya dulu, saya tanya la nak buat ape..? dia cakap untuk bagi cenderahati orang datang majlis. Syok kan... :) kalau saya, semangat nak datang majlis dapat gift best. kekeke. :P gurau jer..
Dan terbaru..ada sorang customer ni tanya tentang perkara yang sama..
Allhamdulillah..Hamliana Kitchenware di beri peluang dan kepercayaan untuk membekalkan jug jenama Pasabache sebagai cenderahati perkahwinan beliau untuk majlis berbedak. Kami hanya berhubung secara online sahaja. Sangat berbesar hati diberi kepercayaan sebegini.
Haaaa..dan disebabkan selalu mendapat pertanyaan pelanggan-pelanggan dari Brunei..saya pun rasa terpanggil untuk studi sikit tentang adat istiadat majlis perkahwinan melayu Brunei.
Wahhh memang banyak la acara istiadat dia...patutlah setiap adat tu ada gift yang lain-lain..Baru la saya faham.... :) majlis akan berlangsung 3-7 hari. wow sangat kan..
kalau ada rezeki teringin sangat nak hadir majlis perkahwinan melayu Brunei.
Tapi...ada yang sudi jemput ke.. :)
Ok jom kita tambah pengetahuan serba sedikit tentang adat istiadat perkahwinan Melayu Brunei. (info dari Bruneistars.com)
Adat-adat yang diamalkan atau dilangsungkan di perkahwinan di Negara Brunei Darussalam itu berbeza mengikut keluarga atau ‘pengangun’ masing-masing. Ia juga berbeza mengikut daerah atau puak tempat perkahwinan itu dilangsungkan.Adapun, adat-adat yang biasa (lazimnya) diamalkan oleh kebanyakan melayu Brunei adalah:
- Berjarum-jarum (Merisik)
- Bertunang
- Pembuka Mulut
- Adat Berian
- Mas Kahwin
- Adat Penyerahan Wali
- Akad Nikah
- Adat Berbedak
- Adat Berinai (berpacar)
- Adat Mandi Langir
- Adat Menunu Benang 7 Warna
- Adat Bejarah (berziarah/bersalam)
- Adat Pusing Naga (Bagi Lelaki)
- Istiadat Bersanding
- Adat Basuh Kaki (Puak Tutong)
- Adat Bersuap-suapan
- Malam Ambil-ambilan
- Adat Mulih 3 atau 7 hari
Cantik sangat..teringin nak pegi sini..InshaaAllah..
Pasabahce Doro Jug
Menarik juga kisah adat org brunei yg jrg kita ambik tahu kan
ReplyDelete