Salam sayang untuk semua.. :) Kita borak santai untuk posting kali ini. Tak promot barang pun. ;)
Sekarang sudah pertengahan bulan June. Sekejap sahaja rasa..pejam celik pejam celik kita sudah masuk setengah tahun 2014.
Lagi lebih kurang 11 hari nak menjelang ramadhan. Bermakna hampir setahun juga kami di Hamliana Kitchenware sudah beroperasi di kedai fizikal..dan hampir setahun jugalah saya sudah berkerja sendiri.
Kadang-kadang bila difikir-fikirkan semula, perjalanan hidup seperti satu lukisan yang berwarna-warna. Pernah juga diri sendiri pelik bagaimana saya boleh menceburi bidang perniagaan ini secara sepenuh masa.Dan menjadikan perniagaan ini sebagai punca utama pendapatan saya, sedangkan ketika saya memilih untuk berhenti kerja dari seorang engineer saya sudah stabil. Tapi kenapa saya pilih simpang yang agak ke kiri...ambil risiko untuk hidup tidak stabil semula. Betul....memang saya terfikir semula...tapi jawapan nya.. :) Allah dah merancang yang terbaik untuk saya dan diri saya sendiri memang bekeras mahu berniaga. Mahu berjihad mencari rezeki sesuap nasi dengan berniaga. Walaupun hakikatnya perniagaan memang tidak semudah dan seindah yang kita angan-angan kan....
Impian dan matlamat yang menjadikan saya untuk terus kuat melawan gelora laut perniagaan. Bila kita ada impian yang jelas..inshaaAllah kita akan sentiasa cuba bertahan dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk capai impian dan matlamat kita.
Saya dan Hamliana Trading masih jauh lagi perjalanan untuk mendaki puncak..masih merangkak-rangkak dan kadang-kadang rasa seperti mahu tersungkur. Suami, anak-anak sumber kekuatan saya..yang pastinya menceburi bidang perniagaan mengajar saya untuk SANGAT bergantung dengan Allah. Berbeza dengan perasaan semasa makan gaji.
Ya..perniagaan sangat membuatkan kebergantungan kita dengan Allah sangat kuat. Rezeki yang datang semua dari Allah. Betapa saya berusaha pun, jika Allah tak gerakkan hati anda semua untuk menghubungi saya, berurusan dengan saya maka saya tetap tidak akan memperolehi rezeki itu..kerana semua dari Allah. Kadang-kadang pelanggan sudah berhubung pun tetap kita tidak dapat closed sale. Kerana semua dari Allah. Betapa kerdilnya diri ini bila kita rasakan semuanya takkan berlaku tanpa izin Allah. Dan hanya kepada Allah sahaja kita berserah.
"Tak akan bergerak sebutir zarah tanpa izin Allah"
Saya tak pandai menulis dan berkata-kata. Tulisan kali ini hanya sekadar ingin berkongsi sedikit rasa. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Amin...
Salam sayang... :)
Diana
No comments :
Post a Comment